Sijil halal: DAP langgar sempadan perbezaan agama yang wajib dijaga – Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAS berpendapat kenyataan daripada DAP terhadap urusan agama Islam adalah satu langkah yang silap mengikut sempadan masyarakat majmuk.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, keadaan berlaku seperti sudah tidak mengenali sempadan perbezaan agama yang wajib dijaga, sehingga DAP boleh melanggarnya.

Dakwanya, lebih malang lagi, ada dalam kalangan orang Melayu Islam bertindak mempertahankan kenyataan yang salah daripada parti tersebut.

“Baru-baru ini, tercetusnya kenyataan yang menimbulkan salah faham sekali gus menandakan berlakunya ketidakfahaman terhadap adab Islam.

“Semua pihak sama ada raja-raja atau rakyat yang menjaga kedudukan Islam yang wajib dimuliakan, hendaklah membuat kenyataan terbuka menentang kemungkaran yang mencabar pihak yang menjaga agama Islam.

Baca artikel lain: Pensijilan halal: Tunggu pembentangan Menteri Agama sebelum dilaksanakan – Fahmi Fadzil

“Jangan diam membisu membiarkan perkara agama dipermainkan sehingga dihina martabatnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Sehari kemudian Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This