Seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal yang terletak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata menerusi Op Global yang dijalankan sekitar 6 hingga 11 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 wanita yang bertugas sebagai penjaga, ustaz dan pengerusi rumah amal berkenaan, yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 hingga 64 tahun.
Susulan penahanan itu, beliau berkata pihaknya telah menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun, yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
“Kanak-kanak yang diselamatkan ini kita akan saring kesihatan dan buat dokumentasi dan dijangka mengambil masa sehingga 14 hari, kerana melibatkan individu yang ramai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.
Razarudin berkata daripada maklumat risikan yang diterima, mangsa diajar untuk meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

