Tangkap layar memaparkan pekerja bengkel cuba mengejar kenderaan yang dinaiki suspek.

POLIS mengesan dua lelaki yang tular melarikan kereta selepas enggan membayar kos servis membaiki kenderaan itu di Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M. S. Balveer Singh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berusia 29 tahun .

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun telah datang ke sebuah bengkel di Taman Setia Tropika, Johor Bahru untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000 pada 12 tengah hari, Sabtu lepas.

“Pelanggan terbabit telah datang semula ke bengkel pada pukul 8 malam semalam bersama seorang lelaki berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji kereta.

“Pengadu telah mengarahkan pekerja berusia 23 tahun untuk mengikut pelanggan kerana bimbang mereka melarikan diri tanpa membuat pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semasa ujian pemandu dibuat di Taman Bukit Kempas, pelanggan tersebut telah menyuruh pekerja untuk memeriksa bonet belakang kerana terdengar bunyi bising.

“Apabila pekerja tersebut membuka pintu, rakan pelanggan tersebut telah menyembur wajah pekerja dengan pemedih mata sebelum melarikan diri,” ujarnya.

Katanya, pengadu kemudian cuba untuk menahan suspek yang melintasi kedai dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat namun suspek bertindak cuba melanggarnya.

Malah, seorang lagi pekerja bengkel berusia 29 tahun cuba mengejar suspek dengan menaiki motosikal telah dihimpit sehingga jatuh.

Akibat kejadian, pengadu mengalami cedera pada siku tangan kanan manakala pekerja pertama mengalami pedih di mata dan pekerja kedua mengalami patah tangan kanan, luka lutu kanan dan melecur di pergelangan tangan kiri.

Balveer berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nazarul Izwan Abdul Manaf di talian 01-3811817.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram