Fahmi dedah syarikat jual projek pembangunan internet kepada pihak lain

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mendedahkan tindakan beberapa syarikat yang didapati menjual projek pembangunan dan naik taraf internet yang diperoleh kepada pihak lain.

Tanpa menyatakan lokasi dan nama syarikat yang terbabit, beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab syarikat tersebut untuk menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Saya tidak menyentuh negeri mana, tetapi perkara ini sudah berlaku dan saya minta pasukan untuk meneliti (kerana) kita tidak mahu apa-apa kelewatan,” katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Menjelas lanjut, Fahmi berkata, isu itu membabitkan syarikat yang mendapat projek di beberapa tempat, namun tidak melaksanakan projek itu sehingga pihak kementerian terpaksa memberi amaran paling keras.

Malah, katanya, ada syarikat yang mengaku menjual projek itu kepada pihak lain, sekali gus menimbulkan persoalan cara syarikat asal memperoleh projek tersebut.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan bahawa masalah itu berlaku sebelum beliau mengemudi Kementerian Komunikasi bersama-sama Timbalan Menteri Teo Nie Ching.

Baca artikel lain: Pintu rundingan MoU peruntukan pembangkang masih terbuka – Fahmi

“Kita sudah minta mereka mempercepatkan proses. Sekiranya gagal, tindakan berpandukan undang-undang boleh diambil. Setakat ini, saya serahkan kepada KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa) untuk meneliti dan melaksanakan penambahbaikan kepada pelaksanaan projek tersebut,” katanya.

Ditanya sama ada Kementerian Komunikasi akan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan selepas ini, Fahmi berkata, ia antara perkara yang akan dipertimbangkan memandangkan ia membabitkan integriti dan kemampuan syarikat itu dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Tapi yang penting bila ada orang mengadu mengenai masalah internet tiada, mereka menyalahkan saya, YBTM (Nie Ching) dan kementerian. Namun, sejujurnya kesilapan itu atau sebahagian daripada masalahnya adalah berpunca daripada kontraktor yang dilantik, iaitu syarikat yang sudah menerima kontrak untuk projek tersebut.

“Syarikat yang memperoleh projek perlu menunjukkan kemampuan, dan kegagalan bagi melaksanakan projek seharusnya mendorong kita untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas. Saya beri contoh beberapa projek yang sepatutnya siap pada Disember 2022, tetapi sehingga hari ini masih belum siap. Bagaimana syarikat ini dilantik, saya tidak tahu,” kata Fahmi.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi membangkitkan mengenai permasalahan capaian Internet di beberapa kawasan dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tahap kemajuan projek pembangunan internet di kawasan itu yang berpunca daripada sikap pihak syarikat yang culas.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This