27,000 penduduk dipindahkan susulan serangan Israel – Menteri Lubnan

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 27,000 orang dipindahkan dari selatan Lubnan dan wilayah Bekaa akibat serangan tentera Israel, lapor Agensi Anadolu memetik Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin.

Bercakap pada sidang media selepas melawat beberapa pusat perlindungan, Yassin menjelaskan kemusnahan yang berlaku di bandar-bandar selatan, pinggir selatan Beirut dan bahagian lain negara itu, memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat.

Yassin berkata bahawa kira-kira 252 sekolah awam di seluruh negara diubah menjadi pusat perlindungan untuk menempatkan penduduk.

Usaha untuk mengagihkan bantuan, kit kebersihan dan makanan kepada kira-kira 20,000 orang telah dimulakan dalam tempoh 24 jam lalu, katanya.

Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan sejak awal Isnin, membunuh hampir 560 orang termasuk 95 wanita dan 50 kanak-kanak, manakala 1,835 lagi cedera, menurut Menteri Kesihatan Firas Abiad.

“Kebanyakan mangsa serangan Israel adalah orang awam yang tidak bersenjata dan mereka berada di rumah mereka. Ini menolak dakwaan musuh mengenai sasaran pejuang,” katanya.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This