Tak puas hati? Jom lawan! Festival unik ini beri peluang penduduk selesaikan rasa tidak puas hati dengan bertarung dalam gelanggang

Dari Penulis

BAGI masyarakat yang menghuni wilayah Chumbivilcas berdekatan bandar Cuzco di Peru, tanggal 25 Disember setiap tahun akan diraikan dengan ‘bertumbuk. Ia salah satu cara untuk menyelesaikan masalah atau rasa tidak puas hati di antara mereka.

Pada tarikh itu, akan berlangsung festival Takanakuy, sebuah tradisi keramaian yang telah dijalankan sejak lebih 100 tahun yang lalu. Ia merupakan sambutan kuno tahunan yang diwarisi daripada budaya pra-Hispanik Chanka.

Takanakuy bermaksud ‘apabila darah mendidih’ dalam bahasa Quechua (salah satu dialek pertuturan tertua di Peru). Ia adalah satu sambutan tahunan yang memberi peluang kepada masyarakat di sana untuk menyelesaikan masalah atau rasa tidak puas hati satu sama lain dengan cara bertarung.

Festival pertarungan ini berlangsung pada 25 Disember setiap tahun.

Sekalipun konsep festival pertarungan ini diadakan untuk masyarakat menyelesaikan dendam atau rasa tidak puas hati mereka pada seseorang, ada juga yang menyertai pertarungan tersebut hanya kerana mahu membuktikan keberanian dan kemahiran berlawan masing-masing.

Selain itu, ada juga yang menyertai festival ini kerana ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat dan juga untuk membuat keluarga mereka bangga.

Sewaktu kebudayaan ini berlangsung, peserta akan berkumpul di gelanggang yang disediakan di mana mereka akan bertarung. Kebanyakan peserta akan menutup muka dengan topeng ski tradisional berwarna-warni untuk menakutkan pihak lawan sebelum membuka topeng tersebut dan memasuki gelanggang perlawanan.

Ketika memasuki gelanggang perlawanan.

Festival tersebut akan dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan yang turut bertindak sebagai pengadil dalam perlawanan itu. Peserta perlu bertarung dengan lawan mereka sehingga pengadil memberhentikan pertarungan apabila salah seorang peserta sudah lemah atau mengaku kalah.

Peraturan paling penting semasa perlawanan adalah peserta tidak dibenarkan untuk menyerang semasa lawan mereka jatuh ke tanah. Jika mereka terlupa atau melanggar peraturan penting tersebut, mereka akan disebat dengan cemeti oleh pengadil.

Menariknya, pertarungan ini bukan saja melibatkan lelaki dewasa. Malah kaum wanita dan juga kanak-kanak turut bertarung untuk menyelesaikan kemelut dan rasa tidak puas hati mereka. 

Peserta lelaki kebanyakannya lebih gemar menggunakan penumbuk manakala kaum wanita pula suka menendang semasa bertarung.

Peserta wanita pun ada.

Walaupun ia festival yang agak ganas, kecederaan yang teruk jarang dilaporkan. Selalunya peserta akan meninggalkan gelanggang dengan muka yang bengkak dan sedikit luka.

Apa yang penting, mereka akan berjabat tangan dan berpeluk selepas perlawanan tanda pertikaian dan masalah peribadi mereka telah diselesaikan tanpa menyimpan dendam. Kalau ada yang masih tidak berpuas hati, mereka akan mempunyai peluang untuk bertarung semula di tahun berikutnya.

Takanakuy mungkin kelihatan seperti tidak wajar kerana menggalakkan keganasan. Tetapi bagi masyarakat di Chumbivilcas, ia adalah satu bahagian penting dalam warisan budaya mereka. Mereka percaya ia adalah satu cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan tenaga negatif dalam kehidupan mereka.

Kalau kalah, tahun depan boleh bertarung lagi.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This