GISBH: Empat individu disambung reman tiga hari

Dari Penulis

EMPAT individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), selepas reman mereka berakhir hari ini.

Permohonan reman dikemukakan polis dan dibenarkan Majistret Rais Imran Hamid di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada 9.20 pagi dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini, media melaporkan kesemua empat lelaki warga tempatan itu direman tiga hari bermula 25 September lepas.

Baca artikel lain: Mengapa GISBH zalimi kanak-kanak? Mereka anugerah ilahi – Khutbah Jumaat Selangor

Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 September terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISBH.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This