KESEMUA 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dibuka serentak 8 pagi tadi.
Proses pengundian hari ini melibatkan 61,274 pengundi dan akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi ini, namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.
PRK itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, dengan kedua-duanya juga akan mengundi hari ini.
Baca artikel lain: 61,274 pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat baharu hari ini
Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan kertas 607 undi pos pada 15 September dan melantik 1,126 petugas bagi mengendalikan proses PRK itu.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.
Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022 menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN, menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru melibatkan Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram