Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dijangka dimeterai Disember ini

Dari Penulis

PERJANJIAN Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dengan Singapura dijangka dimeterai pada 8 Disember depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) mengenainya dalam proses akhir untuk dimuktamadkan.

“Ia adalah hasil kerja keras pelbagai kementerian serta agensi di peringkat pusat dan negeri serta rakan sejawat di Singapura.

“Di samping mesyuarat yang dilaksanakan melalui pembentukan kumpulan-kumpulan kerja, kandungan perjanjian itu diperincikan lagi dalam Bengkel Perundingan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Singapura Bagi Pembangunan JS-SEZ yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos lalu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Onn Hafiz menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (PH-Kukup) berkaitan tarikh perjanjian JS-SEZ akan dimeterai oleh pihak kerajaan Malaysia dan Singapura serta adakah kerajaan negeri sudah benar-benar bersedia dan membuat persiapan bagi menghadapi kesan apabila dilaksanakan nanti.

Baca artikel lain: Israel ancam keselamatan serantau – Pakistan

Onn Hafiz berkata, walaupun inisiatif besar itu adalah satu langkah strategik yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi Johor, kerajaan negeri tidak pernah sekali-kali menafikan apatah lagi mengambil lewa terhadap cabaran yang dibawanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Pusat sedang dan akan mengambil langkah menangani cabaran seperti persaingan tenaga kerja dan peningkatan kos hidup.

“Cabaran terbesar yang dihadapi dengan peluang pekerjaan di JS-SEZ bakal menarik minat ramai, termasuk dari luar Johor. Jika tiada penawaran tenaga kerja dari kalangan warga tempatan boleh mengundang kepada permintaan tenaga mahir dari luar negara.

“Kedua, peningkatan kos hidup. JS-SEZ dijangka membawa peningkatan dalam nilai hartanah serta kos sara hidup di kawasan sekitarnya,” katanya lagi.

Beliau berkata, ia memberi cabaran kepada rakyat tempatan terutama golongan B40 dan M40 yang mungkin berhadapan kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi pesat.

“Ketiga, risiko ketidakseimbangan pembangunan. Tumpuan pembangunan yang intensif di kawasan JS-SEZ juga berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar atau yang tidak termasuk dalam zon ekonomi ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This