ANTARA pemenang haduan RM1 juta Sijil Simpanan Premium sebelum ini. - Gambar hiasan

MEMANDANGKAN terlalu banyak kes penipuan melalui panggilan telefon, puhak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menganjurkan program cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) dengan tawaran hadiah jutaan ringgit menghadapi masalah untuk menyakinkan pemenang mereka.

Dalam satu cabutan baru-baru ini, seorang warga emas yang dimaklumkan telah memenangi hadiah RM1 juta menerusi SSPN BSN telah memarahi pegawai yang cuba memaklumkan mengenai berita itu melalui panggilan telefon menyangka menerima panggilan ‘scammer’.

Keadaan itu menyebabkan pihak BSN terpaksa menghubungi anak wanita tersebut dan dia dibawa ke ke cawangan sebelum akhirnya percaya dirinya adalah jutawan SSP, lapor BH Online.

Itu antara keadaan lucu dikongsikan oleh Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berhubung kejadian menimpa seorang wanita yang juga pendeposit SPP BSN apabila menerima durian runtuh.

Menurutnya, sehingga kini 104 ‘jutawan segera’ berjaya dilahirkan BSN menerusi SSP iaitu inisiatif menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan rakyat negara ini.

“Ketika ini kira-kira 6.2 juta pendeposit dengan jumlah simpanan bernilai lebih dari RM5.4 bilion setakat ini.

“Lebih 500,000 SSP adalah pendeposit dari Johor dengan jumlah simpanan melebihi RM553 juta.

“BSN turut berbangga kerana melahirkan seramai 103 jutawan BSN SSP, di mana 12 daripadanya berasal dari Johor. Bilangan itu antara yang tertinggi. Oleh itu rugi kalau tidak masuk SPP kerana setiap bulan ada jutawan, mana ada bank buat begini dan ini istimewa kerana melambangkan jenama kita,” katanya ketika hadir di Majlis Cabutan yang berlangsung di Angsana Mall di Johor Bahru, hari ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya selepas ini akan ke Kuantan, Pahang dan cabutan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Disember depan yang menawarkan cabutan bernilai RM2 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram