PTPTN: Sudah pinjam jangan liat bayar balik

Dari Penulis

KATA orang hendak meminjam teruja. Sedia memujuk atau merayu. Juga sanggup mematuhi semua syaratdikenakan. Alangkah seronoknya apabila pinjaman diluluskan.

Tetapi yang kerap berlakuialah apabila tiba masa untuk membayar balik pinjaman, sungguhliat. Buat-buat lupa. Bertangguh dan memberi pelbagai alasan sedangkan ketika mahumeminjam dahulu mahucepat. Apasyarat pun sedia dipatuhi.

Inilah senario yang berlaku di kalangan parapeminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melanjutkan pelajaran ke institui pengajian tinggi (PT), politeknik dan kolej komuniti. Mereka liat membayar pinjaman setelah habis belajar.

Memetik Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sehingga ini sejumah 430,000 peminjam PTPTN gagal membayar balik melibatkanjumlah RM6 bilion. Yang berhutang ini langsung tidak pemah membuat bayaranbalik walau pun setelah mendapt kerja.

Isu kedegilanmembayar pinjaman ini sudah lama diperkatakan. Pelbagai ingatan danamaran diberi kepada yang meminjam tetapi gejala ini masih berterusan. Jumlah pinjaman tertunggak ini meningkat setiap tahun, memberi kesan serius kepada kedudukankewangan PTPΤΝ.

Sikap tidak acuh dan tidak ambil peduli peminjam menyebabkan kekalutan ini. Mereka seperti merasakan kerana ia adalah pinjaman daripada kerajaan, makatidak perlu membayar balik. Anggap sahaja ia seperti biasiswa. Pandai-pandai pula membuat tafsiran sendiri.

Mereka lupa sikap buruk ini menjejaskan peluang pelajar lain untik mendapat bantuan PTPTN. Setelah menikmati pinjaman untuk menampung keperluan belajar, mereka tidak pedulinasib pelajar yang kemudian. Mereka sudah senang, yang kemudian pandai-pandailah membawa diri.

Sikap buruk dan tidak bertanggung jawab ini menyusahkanpelajar lain yang memerlukan. Apabila tabung PTPTN terjejas, pemberian pinjaman kepada pelajar juga terjejas. Secara umumnya setiap tahun kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi meningkat. Ertinyajumlah pembiayaan juga meningkat.

Kerana itu bayaran balik sangat diperlukan. la adalah ibarat modal pusingan untuk membantu pelajar baharu. Jikatidak ada bayaran balik daripada peminjam terdahulu, modal tidak berpusing, sebaliknya yang ada terus bekurangan.

Justeru bagaimana mahu membantu lebih ramai pelajar memerlukan? Masakan hendak sepanjang masa berharap peruntukan kerajaan kerana kerajaan juga perlu menyalurkan peruntukan untuk tujuan lain.

Oleh itu mereka yang telah menerima bantuan bertanggung jawab membayar balik demi memastikankesinambungan bantuan agar tidak ada pelajar yang mendapat tempat di institusi pengajiantinggi tercicir lantaran kekangan kewangan.

Kerajaan telah memberi pelbagai insentif bagi menggalakkan peminjam membayar balik. Ini termasuk membayar secara ansuran ataumemberi diskaun kepada yang membayar kuantum tertentu seperti ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Selain itu pengecualianbayaranbalik diberi kepada pelajar yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam pengajian dengan memperoleh ijazah kepujiankelas pertama. Ini sebagai penghargaanterhadap dedikasi dan usaha bersungguh-sungguhsertakomitmen pelajar mencapai yang terbaik.

Kategori ini sahaja yang diberi pengecualianpembayaran. Yang tidak mencapai tahap ini mesti membayar pinjaman. Ini adalah tanggung jawab moral yang perlu dilunaskan oleh peminjam.

Fikirkan kesukaran kewangan sewaktu hendak melanjutkan pelajaran dahulu danbagaimana PTPTN menjadi penyelamat untuk mencapai cita-cita. Sesudah berjaya lupa pula nasib pelajar yang terkemudian.

Jumlah tertunggak RM6 bilion sangat besar. Angkaini boleh memberi manfaat kepada ramai pelajar menampung perbelanjaan pelajaran. Jugadigunakan sebagai bantuan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebagai bantuan kepada pelajar membuat persediaan awal memasuki institusi pengajian tinggi.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, sejak diperkenal pada 1999 sehingga Ogos tahun ini (2024), seramai 980,000 pelajar telah memperoleh manfaat daripada WPP dengan peruntukan RM1.45 bilion. Bayangkanberapa ramai pelajar boleh dibantuandainya RM6 bilion dibayarbalik.

Sangat menyedihkan kerana 430,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar ini langsung tidak pernah membayar walau satu sen. Ini jelas menyerlahkan sikap mereka yang memang tidak peduli langsung mengembalikan apa yang telah dipinjam. Tiada simpati kepada usaha membantupelajarlain.

Pihak PTPTN telah melaksanakanbeberapatindakan terhadap mereka yang degil. Ini termasuk menyenari hitam nama peminjam tegar dan tidak dibenar keluar negara. Namuninitidak menakutkan mereka yang terlibat.

Sehubungan itu menurut Zambry, pihak PTPTN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus berdegil seabagai jalanterakhir. Langkah ini memang wajar setelah pelbagai usaha gagal memberi kesedaran peminjam.

Tetapi PTPTN tidak akan menutup pinturundingankepada mereka yang berhasrat membayar balik. Gunakanlah peluang yang diberi oleh PTPTN ini. Hutang mesti dibayar. Elak daripada dikenakantindakan undang-undang yang boleh menyebabkan kesusahan kepada peminjam kemudian nanti.

Suatu hari kelak mungkin ada ahli keluarga peminjamyang degil ini memerlukan bantuan PTPTN. Alangkah kecewanyajika permohonan ditolak keranaterdapat rekod buruk ahli keluarga sendiri. Ketika itu jangan salahkan PTPTN. Salahkan diri sendiri!

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This