Kerajaan belum putuskan henti subsidi pendidikan golongan kaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN belum membuat sebarang keputusan untuk menghentikan peruntukan berhubung subsidi pendidikan kepada anak-anak golongan kaya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan beberapa prinsip perlu diambil maklum sebelum diputuskan.

Mengambil contoh subsidi elektrik, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, isu berhubung subsidi pendidikan kepada golongan kaya itu perlu diuruskan dengan teliti.

“Kita belum putuskan, ia masih di peringkat penelitian, ada beberapa perkara yang menjadi prinsip secara umumnya.

“Kalau pada isu (penyasaran) subsidi elektrik sebagai contoh, kita beri penekanan bahawa 85 peratus daripada pengguna di semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan, maka kita boleh ambil itu sebagai satu prinsip.

“Cuma dalam beberapa perkara seperti pendidikan, ia tidak berdasarkan seperti dalam kes bil elektrik, ia adalah bersandarkan kepada tahap penggunaan, tetapi dalam isu pendidikan, mungkin kita akan teliti beberapa perkara yang lain,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Baca artikel lain: PM tegaskan rasionalisasi subsidi bukan untuk bebankan rakyat

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi dalam sektor pendidikan yang selama ini dinikmati golongan kaya.

Anwar menegaskan, perkara itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan agar pemberian subsidi itu hanya diberikan kepada golongan miskin dan benar-benar layak.

Selepas itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan kekal dengan pendirian memastikan akses pendidikan dinikmati semua golongan walaupun terdapat cadangan menghentikan subsidi kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, dasar terbabit terus diberi keutamaan kepada semua golongan bermula daripada pendidikan di peringkat rendah hingga ke IPT.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This