KEMERIAHAN sambutan hari lahir ke-17 seorang remaja bertukar tragedi selepas ditemui lemas ketika mandi di Pulau Carey, Telok Panglima Garang.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kehilangan remaja lelaki itu pada pukul 7.19 malam semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan murid sekolah telah pergi ke tempat kejadian bersama rakan untuk menyambut hari lahir rakannya.
“Mangsa bersama tiga lagi rakan telah bermandi-manda di pantai sebelum mangsa bertindak berenang di kawasan alur air laut meskipun telah ditegah.
“Lebih kurang lima minit kemudian, rakan-rakan mendapati mangsa telah tiada dan disyaki dibawa arus laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa telah ditemui pada pukul 3.15 pagi tadi.
Siasatan telah dijalankan dan pemeriksaan fizikal pada mayat mendapati tiada unsur jenayah.
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat.
Ahmad Ridhwan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

