EMPAT pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah di Kuala Lumpur yang berjaya ditemui selepas dilapor hilang sejak Selasa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata, kesemua pelajar itu telah ditemui oleh orang awam pada jam 11.58 malam, Khamis.
“Keempat-empat pelajar itu sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi, Kajang sebelum ditemui orang awam sebelum diserahkan kepada Balai Polis Bangi.
“Kesemua mereka kini sedang mendapatkan pemeriksaan kesihatan di HKL,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, keempat-empat pelajar akan diserahkan kepada pihak keluarga masing-masing selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.
Katanya, siasatan lanjut kes ini masih dijalankan.
“Pada masa sama, polis memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis,” ujarnya.
Sebelum itu, media melaporkan, Rasidi Othman iaitu bapa salah seorang pelajar terbabit meluahkan rasa syukur selepas anaknya dijumpai semula.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

