SEORANG wanita gelandangan warga Rusia ditahan selepas berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13 Setia Alam dekat Shah Alam, 4.50 petang kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7428
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita bersama seekor anjing dalam keadaan mabuk serta bertindak agresif.
Beliau berkata, wanita terbabit telah ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada pengenalan diri yang sah untuk tinggal di Malaysia.
“Tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam manakala anjingnya telah diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Shah Alam untuk tindakan lanjut.
“Semakan mendapati wanita berusia 32 tahun itu hidup gelandangan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek telah datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu untuk melancong namun gagal pulang ke negara asal kerana berlaku pandemik COVID-19 dan tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk pulang ke negara asal.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.
“Suspek kini direman selama 14 hari sehingga 22 Oktober bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan disabitkan dengan kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohammad Shamsul Md Salleh ditalian 017-5453234.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

