UMAT Islam dan masyarakat dunia diseru untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin daripada kekejaman negara tidak diiktiraf Israel.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu turut berharap bantuan dalam pelbagai bentuk terus disalurkan bagi menyuburkan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
“Petang ini Bang Mat hadir dalam Himpunan Mega Rakyat Malaysia Bangkit ‘Free Palestine’ bagi menunjukkan sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
“Himpunan ini bertujuan menyuarakan solidariti Malaysia terhadap penindasan yang dihadapi oleh rakyat Palestin serta menzahirkan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku di wilayah tersebut.
“From the river to the sea, Palestine will be free,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Himpunan berkenaan merupakan anjuran Amanah serta Pas, dan bakal diadakan pada hari berasingan iaitu Jumaat serta Sabtu.
Amanah menerusi perkongsian Pengarah Biro Mobilisasinya, Abbas Azmi di Facebook, program Himpunan Mega Rakyat Malaysia Bangkit ‘Free Palestine’ akan diadakan pada Jumaat.
Manakala Pas melalui hantaran Sekretariat Himpunan 1 Tahun Taufan Aqsa di platform X berkata, pihaknya pula menyasarkan kehadiran 100,000 orang yang hadir dan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Menurut ketua sekretariatnya, Khairul Nadzir Helmi Azhar, kesemua peserta akan berkumpul di Masjid Menara Berkembar Petronas (KLCC) terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kedutaan AS bersama-sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

