KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiapkan laporan lengkap insiden seorang penumpang tren elektrik (ETS) yang sengaja menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak, untuk diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin meminta semua pengguna tren KTMB tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

“Pengguna tren yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 (Akta 715), iaitu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei

Beliau menegaskan tindakan mana-mana individu menggunakan alat isyarat kecemasan secara tidak wajar dalam mana-mana koc atau tren kereta api yang disediakan untuk memberhentikan tren dalam keadaan kecemasan, adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut.

Insiden itu yang berlaku pada jam 11.25 malam semalam dan dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV), menyebabkan tren mengalami kelewatan selama 120 minit. Tren berkenaan dalam perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh, berlepas pada jam 9.40 malam dan dijadualkan tiba di Ipoh pada jam 12.16 tengah malam.

Bagaimanapun, susulan insiden itu tren hanya tiba di Ipoh pada jam 2 pagi.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This