Melaka buat keputusan ajaran GISBH sesat, tersasar daripada Islam

Dari Penulis

MELAKA membuat keputusan ajaran dan kepercayaan dibawa Global Ikhwan Services and Businesss Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat dan tersasar daripada ajaran Islam sebenar serta Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Keputusan itu dinyatakan Jawatankuasa Fatwa Melaka seperti dilaporkan BH Online, hari ini. 

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil memaklumkan, terdapat beberapa elemen ajaran dan kepercayaan diamalkan dalam GISBH menyamai apa yang dibawa menerusi kumpulan Al-Arqam yang diwartakan sesat pada 1994. 

“Kita melihat ada amalan dalam GISBH menyamai dengan kegiatan Al-Arqam pimpinan Allahyarham Ashaari Muhamad yang mempunyai kefahaman, amalan dan wirid yang tidak jauh beza.

“Meski pun mereka menggunakan nama lain, tetapi ciri-ciri ajaran serta amalannya ada persamaan, khususnya daripada sudut kepercayaan, amalan, wirid dan juga pegangan (kepercayaan) mereka.

“Susulan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka memutuskan apa yang dibawa oleh kumpulan GISBH adalah bertentangan dengan hukum syarak. Justeru, kita sedang proses untuk tindakan selanjutnya iaitu membentangkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seterusnya diangkat untuk mendapatkan perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Perlis menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan GISBH sebagai sesat kerana mempunyai unsur ajaran berkaitan batiniah yang menyeleweng. 

Keputusan itu kemudiannya diikuti Selangor dan Pahang. 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan pada 28 September lalu turut mendapati ajaran dan kepercayaan GISBH sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang difatwakan sesat. 

Untuk rekod, Pertubuhan al-Arqam adalah kumpulan ajaran sesat yang difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Ia juga dikenal pasti sebagai kumpulan kedua yang membawa ajaran sesat di Selangor selepas gerakan Ajaran Salah (Haji Kahar).

Kumpulan al-Arqam dikatakan sangat aktif berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan, serta memiliki pengikut yang sangat ramai.

Strategi penyebaran kumpulan itu adalah melalui bidang pendidikan, penerbitan, perniagaan, perubatan, pakaian sunnah, dan hiburan Islamik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This