DUA lagi tempat penyimpanan wang telah digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas penggeledahan pertama dibuat di sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ seorang ahli politik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penggeledahan dibuat pada malam Ahad itu turut menemuikan wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.
“Saya tidak boleh dedahkan lagi dan pegawai saya telah menggeledah ada tambahan dua safehouse lagi yang dikatakan ada tersimpan wang.
“Salah satu daripadanya ada penemuan lebih kurang SG$74,000 atau RM243,000. Kemudian di satu tempat pejabat dijumpai wang lebih kurang RM78,000 dan kita juga mendapat maklumat ada wang telah dibuat pelaburan di Singapura namun saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya dan siapa pemiliknya.
Baca artikel lain: Dakwaan Islam terancam, tergugat adalah naratif palsu – Zulkifli
“Ya (Lembah Klang), ada di Kuala Lumpur, ada di sekitar Selangor. Penggeledahan yang pertama dibuat pada Sabtu malam dan yang seterusnya malam tadi, kita buat satu persatu selepas siasatan dan dapat pengakuan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) pada Isnin.
Azam dalam pada itu tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penggeledahan seterusnya dilakukan oleh SPRM mengikut siasatan yang dilakukan.
“Rasanya akan ada lagi penemuan-penemuan di safehouse yang lain, yang ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini.
“Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank-bank lain, yang ini sedang kita siasat,” katanya lagi.
Sebelum itu, beliau turut mengesahkan laporan mengenai penemuan S$1.5 juta atau kira-kira RM5 juta di sebuah tempat yang dikatakan safehouse.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

