LERENG bukit setinggi 30 meter dilapor runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 11.42 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit berkeluasan 20 x 20 meter serta runtuhan berketinggian 30 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kejadian runtuhan tanah itu tidak melibatkan mangsa dan kediaman namun pergerakan tanah masih berlaku di kawasan tersebut.
Tambahnya, pihak polis telah mengarahkan 20 penduduk di kawasan tersebut untuk mengosongkan kediaman masing-masing.
“Maklumat mangsa akan dikemaskini dari masa ke semasa,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

