Jangkitan saluran pernafasan, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), petang semalam selepas mengalami jangkitan saluran pernafasan. 

Perkara itu dimaklumkan Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff seperti dilapor BH Online, hari ini. 

Menurut Sufi, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mengalami batuk sebelum dibawa ke IJN. 

Beliau memaklumkan, Dr Mahathir mendapat cuti sakit sehingga 25 Oktober ini. 

“Dr Mahathir dimasukkan (ke IJN) petang semalam kerana mengalami batuk.

“IJN menyatakan beliau mendapat jangkitan saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract infection),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan ke 29 Oktober selepas bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru. 

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dimasukkan ke IJN petang semalam kerana mengalami jangkitan lower respiratory tract infection (LRTI).

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Oktober serta 5, 6 dan 9 Disember ini untuk menyambung perbicaraan.

Dr Mahathir selaku plaintif masih memberi keterangan dalam kes samannya terhadap timbalan perdana menteri itu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’. 

Berdasarkan pernyataan tuntutan difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This