MALAYSIA mengutuk keras pembunuhan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar oleh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembunuhan Yahya itu walaubagaimanapun memperlihatkan percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan Palestin tidak akan berjaya.
“Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.
“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar menegaskan, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel ditentang komuniti antarabangsa dan menyeru agar pembantaian berterusan warga Palestin segera dihentikan.
Untuk rekod, Yahya maut akibat kecederaan otak traumatik yang teruk selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan “daripada sumber lain” pada Yahya termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat “tembakan peluru berpandu,” kaki kiri yang cedera akibat “binaan runtuh,” dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.
“Mereka menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

