PERUNTUKAN berjumlah RM2.55 bilion yang diterima oleh Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2025 akan digunakan untuk memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi serta komunikasi sosial.
Kementerian tersebut turut bertekad untuk memperkukuhkan masyarakat dengan maklumat tepat dan sahih menerusi kandungan kreatif, penerangan serta penyiaran yang berintegriti.
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diperuntukkan RM100 juta bagi memperkasa fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.
“Menerusi MCMC juga, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah-sekolah luar bandar dan RM120 juta kepada universiti awam, sekolah, kem tentera serta institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk capaian Internet yang lebih meluas.
“Projek Point of Presence (PoP) sedia ada pula dilanjutkan dengan peruntukan lebih RM800 juta agar kemudahan internet pantas dinikmati berterusan.
“Industri seni kreatif negara terus diberikan keutamaan melalui peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Kandungan Digital (DKD).
“Peruntukan dinaikkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya berteraskan semangat kenegaraan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: MOSTI mulakan program 100 saintis jelajah 100 sekolah, bantu tarik minat pelajar sertai STEM
Selain itu, katanya, RM25 juta diperuntukkan kepada MyCreative Ventures (MyCV) melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.
Katanya lagi, kerajaan terus menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia dengan peruntukan hampir RM40 juta di bawah Insentif Penerbitan Filem Malaysia (FIMI).
“RM30 juta diperuntukkan bagi Program Belia Kreatif MADANI merangkumi bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek yang akan memanfaatkan 16,000 belia.
“Belanjawan ini juga memastikan sistem penyampaian awam lebih terangkum menerusi penambahbaikan perkhidmatan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) untuk memenuhi keperluan pemanggil Orang Kurang Upaya (OKU).
“Kementerian Komunikasi memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif sebagaimana diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 tercapai demi peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

