Letupan dan gegaran di Ipoh bukan daripada aktiviti seismik atau kuari, kata polis

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kejadian bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh pada pukul 11.06 pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari.

Beliau berkata, semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian pula mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum pukul 12 tengah hari tadi.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorolgi Malaysia juga mendapati tiada terkesan sebarang aktiviti seismik di daerah Ipoh meskipun berlaku kejadian gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada pukul 11.24 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulas yan boleh mencetusakan kegusaran awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This