Agong perkenan lantikan dua perwakilan diplomatik baharu – Kementerian Luar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan pelantikan dua Ketua Perwakilan Diplomatik yang baharu dalam satu Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dua perwakilan tersebut ialah bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin dan bakal Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Menurut kenyataan tersebut, Shazelina dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari University of Sheffield, United Kingdom. 

Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Luar Negeri pada 1996. 

Sebelum pelantikan ini, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah sejak 2023.

Sebelum ini, beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Senegal (2018-2021) dan pernah ditugaskan di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York dan Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C., Amerika Syarikat. 

Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dah Hubungan Luar Negeri (IDFR), Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam dan Setiausaha Bahagian Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Sosial. 

Selain itu, beliau pernah ditugaskan di Bahagian Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Politik Pelbagai Hala dan Bahagian Eropah. 

Manakala, Rizany Irwan merupakan anak kelahiran Melaka dan merupakan graduan University of Hertfordshire, United Kingdom. 

Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta ditempatkan di Kementerian Luar Negeri pada 2001. 

Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan sejak 2022. 

Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina. 

Penempatan luar negara beliau yang lain adalah sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar. 

Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Protokol, selain pernah ditugaskan di Jabatan Penyelarasan dan Pelaksanaan, Bahagian Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan, Bahagian Hal Ehwal Wilayah dan Maritim, Bahagian Adjudikasi dan Timbang Tara serta Bahagian Amerika. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This