Jadi ahli kumpulan jenayah terancang, CEO GISBH, isteri dan anak ‘Abuya’ bersama 19 individu didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SERAMAI 22 individu berkaitan GISB Holdings (GISBH), termasuk Pegawai Pengarah Eksekutif (CEO) syarikat itu, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, 65, dan isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Kesemua mereka masing-masing didakwa atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang juga merupakan organisasi itu antara tahun 2020 sehingga September lalu.

Antara lain yang didakwa atas pertuduhan sama ialah anak kepada pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau ‘Abuya’ iaitu Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 32.

19 lagi individu ialah Hasnan Abd Hamid, 53, 32, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 34, Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28. 

Selain itu, Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly,44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, Siti Salmiah Ismail, 57. 

Sebahagian daripada 22 ahli kumpulan GISBH termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagaimanapun pengakuan kesemua tertuduh tidak direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun memandangkan kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu GISBH di sebuah premis di Jalan Desa, Country Homes di Rawang, dekat Gombak antara Oktober 2020 sehingga 11 September lalu.

Justeru kesemua mereka didakwa mengikut 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun, maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, dan Siti Hajar Mat Radzi.

Manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Rosli Kamaruddin, Zaim Rosli, Dorina Abdullah, Boestamam Ahmad, dan M. Hafiz Zainal Abidin. 

Sebahagian daripada 22 ahli kumpulan GISBH termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sejurus pertuduhan dibacakan ke atas kesemua tertuduh, mahkamah menetapkan 23 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Sebelum ini media melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zin memaklumkan 58 individu ditahan mengikut Sosma termasuk 16 orang yang juga pengurusan tertinggi GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan pada 11 September lalu.

Mereka merupakan antara 415 individu yang ditahan di dalam operasi itu sehingga fasa keempat.

Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama 22 ahli kumpulan GISBH didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This