Penyasaran subsidi RON95 sudah dibincang sebelum diumum – Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LANGKAH penyasaran subsidi bermula pertengahan tahun hadapan seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 telah dibincangkan sebelum diumumkan.

Itu penjelasan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terhadap kenyataan yang berlegar di media sosial yang mendakwa penyasaran subsidi tidak dibincangkan terlebih dahulu sebelum diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Jelas Rafizi, beliau juga telah menyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.

“Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan.”

“Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.

“Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu yang mana angka-angka yang diumumkan adalah satu anggaran dan unjuran.

Beliau menjelaskan, kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar-dasar serta projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

“Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.

“Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan,” katanya.

“Kalau ikut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen.

“Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This