MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan.
“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Turkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh,” menurut kenyataan itu.
Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau dengan teliti perkembangan itu.
“Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihatkan untuk kekal tenang, waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra.
Baca artikel lain: 181 insiden pesawat MAS berpatah balik sebelum berlepas setakat Oktober – MOT
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara melalui +(90) 312 44635 47/48 semasa waktu pejabat atau +(90) 507 8128406 selepas waktu pejabat.
Mereka juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di +(90) 212 98910 01/09 semasa waktu pejabat atau +(90) 531 7160551 selepas waktu pejabat.
Sebagai alternatif, pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected] untuk Kedutaan Malaysia di Ankara atau [email protected] untuk Konsulat Jeneral di Istanbul.
Menurut laporan Agensi Anadolu, dua pengganas yang menyerang kemudahan TAI “ditewaskan” manakala lima orang terbunuh dan 22 cedera, kata seorang pegawai tertinggi tempatan pada petang Rabu.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan pengganas itu, dengan berkata: “Saya mengutuk serangan keji ini ke atas kemudahan The Turkish Aerospace Industries.”
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

