KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk membantu dan menggalakkan penubuhan lebih banyak koperasi dalam kalangan profesional, graduan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, banyak koperasi yang diusahakan oleh penjawat awam termasuk kakitangan PBT telah mencapai kejayaan amat membanggakan dalam perusahaan koperasi mereka.
Sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan gerakan koperasi, Ewon berkata, pihaknya sememangnya mahu gerakan koperasi terus berkembang.
“Seperti mana yang banyak kali saya nyatakan di Parlimen dengan menggalakkan pembangunan koperasi dalam kalangan graduan, penjawat awam dan pesara kerajaan termasuk pejabat-ejabat kerajaan seperti PBT untuk menubuhkan koperasi.
Baca artikel lain: KUSKOP komited laksana bantuan keusahawanan termasuk usahawan India
“Mereka boleh menjalankan perkhidmatan koperasi mereka tanpa menjejaskan tugas hakiki seperti mana yang telah dibuktikan oleh Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (KOSITE),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan sama memaklumkan Ewon merasmikan Kafe Chicken Honey yang dimiliki KOSITE di Esplanade Temerloh, hari ini.
Mengulas mengenai majlis perasmian itu, Ewon berharap perkembangan itu bakal membuka ruang lebih besar kepada Kafe Chicken Honey dan KOSITE untuk menjana perolehan yang lebih tinggi.
“Saya berharap melalui perasmian kafe ini yang diusahakan secara francais bersama rakan niaga mereka akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan dan perniagaan sedia ada yang dilaksanakan oleh KOSITE.
“Saya menyatakan pandangan agar KOSITE, tanpa menjejaskan tugas hakiki mereka di pejabat, boleh terus mengembangkan perusahaan koperasi termasuk membangunkan produk dan perkhidmatan beridentitikan Temerloh,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

