KERAJAAN Perak dijangka membentangkan belanjawan defisit pada November ini sebagai langkah pengurusan kewangan negeri yang lebih baik, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ia mengambil kira pelbagai usaha kerajaan untuk terus melonjakkan pembangunan negeri selain memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara.
“Kelebihan unjuran defisit ini akan memberi kesan baik kepada agensi dan jabatan kerajaan negeri khususnya Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Tanah dan Galian termasuk lain-lain jabatan berkaitan apabila mereka lihat defisit, maka mereka akan bekerja keras untuk jadikan ia lebihan.
Baca artikel lain: MCMC main peranan penting dalam transformasi, tingkat akses penjagaan kesihatan
“Kita ambil contoh pada tahun lepas, kita turut bentangkan belanjawan defisit RM67 juta tetapi pada hujung tahun ini kerajaan negeri yakin akan mencapai lebihan (surplus), dalam erti kata lain kita takkan berhutang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Ngopi Siswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Bersama Cikgu Saarani serta Penyerahan Wakalah Anak Syarikat Yayasan Perak dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah.
Terdahulu, Saarani menyampaikan bantuan wakalah Anak Syarikat Yayasan Perak, YP Nominees Holdings Sdn Bhd dengan pemberian RM500 setiap seorang kepada 100 mahasiswa USAS dan UPSI.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

