FLYsiswa dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan – Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MESYUARAT Jemaah Menteri pada 3 September lalu bersetuju untuk menjadikan FLYsiswa yang diluluskan di bawah Belanjawan 2024 sebagai inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FlySiswa dan subsidi tiket musim perayaan telah dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM48 juta.

Kata beliau, daripada jumlah mahasiswa yang layak mendapat bantuan FLYsiswa pada 2024, 42.7 peratus (22,226 orang) adalah berasal dari Sabah manakala 36.8 peratus (19,171 orang) berasal dari Sarawak.

Jelas Loke, dalam kalangan mahasiswa yang berasal dari Sabah, 17,388 orang sedang belajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di Semenanjung, 3,433 orang di Sarawak dan 1,405 orang di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Untuk mahasiswa yang berasal dari Sarawak pula, 16,027 orang sedang belajar di Semenanjung, 2,716 orang di Sabah dan 428 orang di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Setakat 4 November 2024, sebanyak 35,183 daripada 52,030 mahasiswa yang layak atau 68% telah menebus baucar FlySiswa,” katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, keputusan Jemaah Menteri mencerminkan tekad kerajaan untuk mengukuhkan integrasi wilayah antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan memupuk perpaduan kebangsaan selari dengan semangat Persekutuan Malaysia.

Untuk rekod, katanya, kerajaan pada 2023 telah memperkenalkan inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Loke, bantuan subsidi itu dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman, terutamanya mereka yang tiada pilihan mod pengangkutan selain penerbangan.

“Pelaksanaan inisiatif ini telah diteruskan pada tahun 2024 untuk manfaat 52,030 mahasiswa,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This