Penjelasan pemberian lesen laksana 5G kepada U Mobile tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

PENJELASAN mengenai pemberian lesen pelaksanaan rangkaian kedua 5G kepada Syarikat U Mobile Sdn Bhd antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Komunikasi yang ingin tahu alasan kerajaan Persekutuan memberikan lesen kepada syarikat berkenaan memandangkan 48.28 peratus saham equiti U Mobile dipegang oleh syarikat asing.

Pada sesi yang sama, Sabri Azit (PN-Jerai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil kerajaan bagi memperkasakan lagi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara agar sentiasa dinamik seiring dengan peredaran zaman ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang memiliki modal insan berkualiti tinggi dan berakhlak mulia.

Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) pula bertanya kepada Menteri Pengangkutan mengenai punca sebenar kejadian seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral baru-baru ini.

Pada sesi soal jawab pula, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) bertanya kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menambah baik prestasi sukan negara susulan prestasi skuad kebangsaan pada sukan Olimpik baru-baru ini.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This