SERAMAI enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) cedera ringan susulan letupan yang telah berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, semalam.
Perkara tersebut disahkan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, letupan tersebut berlaku pada pukul 1.54 petang waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 yang baru tiba di Beirut ke Kem Marakah.
Markas ATM memberitahu, letupan berkenaan telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.
“Akibat kecederaan tersebut, seramai enam anggota MALBATT mengalami kecederaan ringan iaitu lima anggota MALBATT 850-12 yang melibatkan pelbagai kecederaan.
“Seorang daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan (disyaki patah tertutup lengan kiri) manakala seorang lagi anggota MALBATT 850-11 turut cedera,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Kerajaan pantau keselamatan MALBATT di Lubnan hampir setiap hari – PM
Markas ATM memaklumkan, anggota yang cedera di tangan itu telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11.
“ATM akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang kemas kini berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.
“ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Kelmarin, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat melibatkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang pegawai awam bermula semalam hingga 18 November ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

