LELAKI yang disyaki membunuh ibu kandungnya dan menyimpan mayat dalam peti sejuk beku di sebuah kediaman dekat Taman OUG di Kuala Lumpur direman tujuh hari.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu bermula hari ini sehingga 19 November.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang juga penganggur tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan pihak hospital mengenai status kesihatan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, keputusan proses bedah siasat ke atas mayat mangsa juga masih belum diperoleh.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk sama ada mangsa dibunuh dan motif pembunuhan itu.
“Suspek sendiri yang membuat panggilan bagi menyerah diri dan tindakan suspek serah diri kepada polis masih dalam siasatan,” tambahnya.
UtusanTV semalam melaporkan, polis menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 8.48 pagi.
Mayat telah dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram