PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempertahankan tindakan beliau menerjah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seperti mana yang tular di media sosial.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tindakan tersebut bukan untuk membuka aib tetapi sebaliknya mahu memperbaiki permasalah yang dialami oleh institusi berkenaan termasuk para pelajar.
“Ada kata saya buka aib apabila #TerjahMRSM. Kalau buka aib, patutnya saya Pengerusi paling malu kerana MRSM bawah saya.
“Lebih baik malu sekarang daripada dipersoal Allah atas segala kepincangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baru-baru ini, Asyraf Wajdi turun padang ke MRSM Langkawi bagi memeriksa tandas dan beberapa fasiliti di sekolah itu.
Baca artikel lain: Tuntutan Kumpulan Sulu yang mahu ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal – Azalina
Ketika pemeriksaan itu, beliau terkejut apabila satu pintu tandas tumbang sebaik disentuh selain beberapa tandas lain tiada pintu, selain lampu dan sinki tidak berfungsi.
Perkongsian beliau di Facebook dan TikTok itu memaklumkan kehadirannya di luar pengetahuan pengurusan MRSM Langkawi berikutan banyak aduan diterima daripada ibu bapa pelajar.
Antara aduan diterima termasuk kerosakan tandas yang berlarutan, masalah bekalan air yang meruncing, tray makanan tidak dicuci sempurna dan lain-lain isu membabitkan kebajikan pelajar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

