KETUA jurulatih, Pau Marti boleh menarik nafas lega selepas pasukannya berjaya menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium PAT, Bangkok malamn ini sebagai persediaan skuad negara menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 Disember ini.
Perlawanan yang berlangsung dalam hujan lebat di separuh masa pertama menyebabkan pemain kebangsaan gagal memberikan persembahan terbaik mereka kerana keadaan padang yang kurang baik akibat takungan air di beberapa tempat.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya mendapatkan gol pertama seawal minit keenam apabila pemain pertahanan Harith Haiqal menanduk cantik bola hasil sepakan sudut yang dilakukan oleh Arif Aiman.
Laos kemudiannya berjaya mengikat kedudukan apabila kesilapan pemain pertahanan negara dimanfaatkan oleh Kydavone Souvanny pada minit ke-33 yang mendapat hantaran jauh dan seterusnya menewaskan Syihan Hazmi.
Keadaan padang yang semakin baik apabila hujan reda pada separuh masa kedua seterusnya memberi peluang kepada barisan pemain negara menguasai permainan dan mendapat beberapa peluang melakukan jaringan tetapi gagal disempurnakan.
Percaturan memasukan tiga pemain serentak iaitu Daniel Ting, Stuart Wilkin dan juga Fergus Tierney membuahkan hasil apabila Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti.
Stuart Wilkin yang dijatuhkan terus memberikan gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-64 selepas beliau sendiri yang mengambil sepakan penalti tersebut.
Sergio Aguero pula kemudiannya berjaya mendapatkan sepakan penalti kedua buat Malaysia sebelum menyempurnakannya menewaskan penjaga gol Laos, Keo Oudone pada minit ke-83.
Skuad negara seterusnya akan terbang ke Hyderabad untuk satu lagi aksi persahabatan menentang pasukan di ranking 125 dunia, India, Isnin ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

