Bekas Timbalan KM P. Pinang, Dr. Ibrahim Saad meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hari ini, pada usia 78 tahun.

Bernama memetik anaknya sebagai berkata Dr. Ibrahim meninggal dunia petang tadi.

Ibrahim berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri dari 1990 hingga 1995, ketika pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Beliau ketika itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan memimpin UMNO Bukit Mertajam.

Dr Ibrahim juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan, bekas Duta Malaysia ke Filipina dan juga bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, yang pernah menjadi timbalan beliau di UMNO Bukit Mertajam, menyuarakan dukacita atas pemergian ini.

Ditemui di tepian acara MIC di George Town, Musa berkata Ibrahim antara ahli politik penting dalam membantu kemajuan orang Melayu di Pulau Pinang, dalam tempoh beliau berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengenang Ibrahim sebagai seorang pembahas yang baik dan berpengetahuan dalam isu politik, sosial dan ekonomi.

“Beliau merupakan timbalan ketua menteri I pada 1990 ketika saya terpilih sebagai ADUN pada tahun itu. Seorang ahli politik yang berpengaruh dan dihormati akar umbi,” katanya memetik laporan FMT.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This