Desakan letak jawatan tak gugat Bung Moktar

Dari Penulis

KETUA UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan tak tergugat dengan desakan yang meminta beliau meletak jawatan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes rasuahnya, semalam.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau tidak mahu menjawab komen pihak terbabit yang disifatkannya sebagai tidak berwibawa dan berat sebelah.

“Saya tidak terpanggil untuk menjawab komen dari badan bukan kerajaan (NGO) yang langsung tidak berwibawa dan berat sebelah.

“Soal dalam UMNO biarlah UMNO yang tentukannya. Kes saya bukan kes baharu, ianya telah berjalan bertahun-tahun,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang memintanya meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah selepas Mahkamah Rayuan, semalam memerintahkan kes rasuahnya dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Baca artikel lain: Perak sedia bantu veteran ATM mulakan perniagaan

Berikutan itu, Bung Moktar dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad, perlu membela diri.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar semalam menyuarakan agar Bung Moktar mengundur diri dan memberi tumpuan kepada perbicaraan kes mahkamah yang dihadapinya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, kes mahkamah yang dihadapinya tidak mengganggu kedudukan beliau untuk menjalankan tugas selaku Ketua UMNO Sabah.

“Kepada semua penyokong UMNO – BN, bertenang dan jangan terganggu dengan keadaan yang berlaku, sentiasa fokus kepada memperkasakan parti. Insya-Allah yang benar pasti akan mengatasi perkara yang tidak benar,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This