KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berpendapat sekiranya mereka merupakan warga Malaysia, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai akses dan kemudahan pendidikan buat rakyat.

“”Kalau anak-anak ini adalah warga Malaysia, sepatutnya dia bersekolah dalam Malaysia dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka untuk menyeberangi sungai itu.

“Tapi kita akan siasat dan ambil maklum mengenai perkara ini kerana bilangan (pelajar yang merentasi sungai) yang didakwa itu sangat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan kedai buku MPH Bookstores pusat beli-belah Alamanda, hari ini.

Baca artikel lain: Kemaruk mencari pengiktirafan daripada melaksanakan amalan terbaik

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand menggunakan pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia.

Tinjauan mendapati seawal 6.30 pagi mereka sudah mula menunggu bot untuk ke Malaysia dengan caj bot dikenakan RM1 dengan lima pangkalan haram yang menjadi tumpuan termasuk pangkalan Jambu, Ibrahim Pencen dan Paun.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat semalam dilaporkan berkata polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Dis ini.

Mohd Yusoff berkata pihaknya akan mula menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 untuk menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan.

Ditanya mengenai pelajar sekolah dari Thailand dan Malaysia yang keluar masuk menggunakan laluan itu untuk belajar di kedua-dua negara, Mohd Yusoff berkata mereka juga perlu masuk secara sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Beliau berkata perkara berkenaan ada dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancangan gerakan negeri berkaitan sempadan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This