APM Taiping tangkap ular sawa seberat 80 kilogram

Dari Penulis

SEEKOR ular sawa batik seberat 80 kilogram berjaya ditangkap di atas siling sebuah rumah dekat Jalan Ayer Puteh Kampung Dew, Kamunting pada malam Jumaat lalu.

Kapten Pertahanan Awam Daerah Taiping, Faizulhalimi Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8 malam sebelum sepasukan tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, pengadu iaitu seorang wanita memaklumkan ular tersebut telah naik ke bumbung rumah.

“Pencarian telah dibuat di rumah terbabit dan mendapati ular sawa berada di kawasan siling ruang tamu.

“Kami meminta izin daripada pengadu untuk memecahkan sekeping siling bagi menangkap ular.

“Anggota APM telah bertindak memecahkan siling rumah sebelum ular sepanjang lima meter tersebut jatuh dan berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihaknya tidak menyangka ular tersebut besar dan terpaksa menghubungi bantuan bagi membawa sangkar yang lebih besar.

Kata Faizulhalimi, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.30 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This