Malaysia minta Korea Selatan segerakan proses perolehan pesawat FA-50M

Dari Penulis

MALAYSIA meminta proses perolehan 18 pesawat pejuang FA-50M buatan Korea Selatan yang dijadual diterima pada 2026 disegerakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita meminta disegerakan (proses) pembelian yang beberapa tahun lalu diputuskan (iaitu) 18 unit pesawat FA-50M, yang sepatutnya sampai pada 2026.

“Kalau boleh dipercepatkan,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di Seoul, Korea Selatan hari ini.

Anwar mengakhiri lawatan tiga hari ke Korea Selatan selepas menerima jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.

Baca artikel lain: PM Anwar pelawa pelabur Korea Selatan teroka pelbagai peluang di Malaysia

Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan butiran rundingan untuk mempercepatkan proses perolehan berkenaan.

Pada September lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengeluar pesawat pejuang berkenaan, Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat Hanwha Aerospace telah mencapai tahap 38 peratus pembinaan pesawat itu.

Pembelian 18 pesawat FA-50M dibuat pada tahun lepas manakala perolehan bagi pesawat berkenaan dimuktamadkan pada Mei 2023 dengan kontrak bernilai hampir RM4 bilion, bertujuan memperkasakan ketumbukan pertahanan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang angkasa negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This