Tak penuhi syarat rukun nikah, perkahwinan Rizky Febian & Mahalini tidak sah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERNIKAHAN pasangan selebriti popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang berlangsung sejak enam bulan lalu itu diisytiharkan tidak sah di sisi undang-undang.

Keputusan itu dimuktamadkan oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan menerusi Humas iaitu H. Suryana berkata satu rukun nikah yang ketika ijab kabul pada 10 Mei lalu tidak dipenuhi iaitu berkaitan dengan status wali pernikahan.

“Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak,” katanya kepada media tempatan, hari ini.

Menurut Suryana, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.

“Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya.

“Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim,” ujarnya.

Tambah Suryana, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.

Menurut Undang-Undang Perkawinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, yakni wali nasab dan wali hakim iaitu wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan.

Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.

Namun, dalam kes Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.

“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” ujarnya.

Suryana menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.

Justeru, Rizky dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.

Terdahulu, pasangan terbabit bernikah pada awal pagi Jumaat pada 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

Perjalanan cinta pasangan yang berbeza agama itu bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.

Mahalini yang berasal dari Bali dan dilahirkan sebagai penganut Hindu itu telah memeluk agma Islam sebelum bernikah dengan Rizky. 

Malah, bapa Rizky yang juga pelawak Sule turut mengesahkan mengenai pekara berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This