7 stesen pemancar, 42 NADI di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat banjir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK tujuh stesen pemancar dan 42 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kelantan dan Terengganu terjejas ekoran bencana banjir yang melanda kedua-dua negeri berkenaan ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, setakat pukul 10 pagi tadi, enam stesen pemancar yang terjejas itu berada di Kelantan manakala satu di Hulu Terengganu.

Menurut MCMC, stesen pemancar di Kelantan yang terjejas berada di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah.

“Daripada 42 NADI yang terjejas pula, sebanyak 27 adalah di Kelantan dan 15 lagi di Terengganu.

“Kesemuanya terpaksa ditutup akibat ditenggelami air dan putus bekalan elektrik manakala akses ke lokasi-lokasi NADI juga terhalang,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Banjir: Persiapan lebih baik, PM zahir penghargaan semua pihak terlibat

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan telah menjalankan ujian liputan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan liputan telekomunikasi berada pada tahap memuaskan.

Katnaya, langkah itu bagi memastikan mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS di kedua-dua negeri tersebut dapat terus berhubung melalui internet.

“MCMC dengan kerjasama penyedia perkhidmatan akan terus menjalankan pemantauan rapi di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir khususnya infrastruktur telekomunikasi yang dianggap kritikal dan memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This