TAIKUN sektor telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Perkara itu dimaklumkan syarikat pelaburan miliknya, Usaha Tegas Sdn Bhd seperti dilaporkan The Edge Markets, sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu, Ananda Krishnan telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara terutama dalam dunia korporat.
Pada masa sama, kata kenyataan itu, sifat dermawan usahawan itu telah menyentuh banyak kehidupan.
Jelasnya, sikap dermawan itu telah menjadikan Ananda Krishnan sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
“Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” katanya.
Baca artikel lain: Lelaki warga asing meninggal dunia ketika dalam tahanan
Kenyataan itu turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.
April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda Krishnan sebagai individu keenam terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah AS$4.8 bilion.
Kekayaannya meliputi operator rangkaian mudah alih, Maxis Bhd; syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd dan firma perkhidmatan minyak dan gas, Bumi Armada Bhd.
Beliau dilaporkan berulang alik antara Malaysia dan Perancis bersama isterinya.
Anak lelaki tunggalnya pula merupakan seorang sami Buddha di Thailand manakala dua anak perempuannya tidak berminat mengambil alih perniagaannya, menurut laporan media.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

