SEORANG lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Bahagia 8, Taman Minang dekat Cheras, 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lelaki berbangsa Melayu berusia 73 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan memandu Proton Saga.
Beliau berkata, semasa berada di lokasi kejadian, pemandu Saga itu telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di kanan jalan.
“Dalam usaha mengundurkan keretanya, pemandu Saga telah hilang kawalan dan melanggar dua buah kereta lagi yang diparkir di kiri jalan serta pagar rumah.
“Pemandu Saga telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, semakan mendapati warga emas tersebut mempunyai sejarah sakit jantung dan membuat pemeriksaan berkala di hospiital.
Tiada sebarang kecederaan di luaran dikesan dan bedah siasat akan dijalankan pada petang ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Faezah di talian 012-3268496.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

