Pelaburan Hyundai Motor: Sanusi ucap terima kasih kepada PM

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.

“Saya ucap terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh PMX (Perdana Menteri) kepada pelaburan Hyundai (Motor).

“Kita sokong Hyundai Motor masuk (melabur). Kita ucap terima kasih kepada kerajaan Persekutuan…mailah ke Kulim, mailah bila pun, mailah siapa pun (datanglah ke Kulim, datanglah bila pun, datanglah sesiapa pun) (pelabur),” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kedah 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pembangkang Kedah berkata pengumuman Hyundai Motor mengenai pelaburan di Kulim membuktikan tiada plot dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah sekali gus menafikan kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini.

Baca artikel lain: Sanusi dakwa ada ‘grand design’ gagalkan pelaburan swasta di Kedah

Ia susulan pengumuman oleh Hyundai Motor Company (HMC) untuk pelaburan RM2.16 bilion di Kulim Kedah bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Korea Selatan, baru-baru ini.

Pada Isnin lepas, ketika sesi soal jawab lisan di persidangan DUN Kedah Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa terdapat ‘agenda besar’ untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di Kedah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This