Kediaman rasmi dinaiki air, Sanusi dan keluarga terpaksa berpindah

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan keluarganya terpaksa mencari tempat berteduh sementara ekoran kediaman rasmi di Seri Mentaloon, Alor Setar dinaiki air, hari ini.

Ia susulan limpahan air Sungai Anak Bukit yang mengakibatkan kediaman rasmi Menteri Besar itu turut terjejas.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Pegawai Khas Media Menteri Besar, Helmi Khalid memaklumkan, Muhammad Sanusi dan keluarga membuat keputusan untuk berpindah selepas paras air di kediaman rasmi itu mula meningkat sejak pagi tadi.

Kata beliau, paras air kemudiannya menghampiri satu meter pada sebelah petang.

“Paras air mula meningkat sejak pagi tadi, petang ini paras air di kediaman Menteri Besar mencapai paras pinggang (hampir satu meter).

“Susulan itu, Menteri Besar membuat keputusan untuk berpindah lebih awal ketika tengah hari ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Baca artikel lain: Banjir: Jumlah mangsa terus meningkat melebihi 140,000, ragut empat nyawa

Bagaimanapun, Helmi tidak berkongsi lokasi Muhammad Sanusi dan keluarganya berpindah.

Sementara itu, melalui video Tik Tok dikongsi Helmi, kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu yang menggendong anak perempuannya keluar daripada kediaman itu.

Turut kelihatan, isteri beliau, Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh dan anak-anak mereka yang mengangkat beg.

Semalam, media melaporkan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu telah mula dinaiki air kesan daripada limpahan Sungai Anak Bukit yang terletak di belakang Seri Mentaloon.

Namun begitu, Muhammad Sanusi dan keluarganya dilaporkan masih menginap di kediaman dua tingkat itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This