MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata hukuman itu akan dilaksana melalui penyediaan draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
“Ini kerana isu pembuangan sampah kecil merata-rata masih menjadi kebimbangan walaupun Malaysia telah mencapai pelbagai kemajuan dalam usaha menuju status negara maju.
“Justeru, bagi memperketat tindakan penguatkuasaan, suatu hukuman berbentuk khidmat masyarakat wajar dikenakan kepada pesalah yang disabitkan dengan kesalahan membuang sampah kecil,” katanya pada sidang media ketika menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2024 malam tadi.
Baca artikel lain: Banjir: 7 LRA di Kedah dihenti tugas
Beliau berkata penguatkuasaan berkaitan pembuangan sampah kecil masih dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui punca kuasa di bawah Akta 133 dan Akta 171 namun ia tidak melibatkan hukuman khidmat masyarakat.
Nga berkata walaupun PBT memperkenal hukuman denda namun itu tidak menjadi halangan kepada pesalah daripada mengulangi tabiat membuang sampah kecil merata-rata.
Nga turut menyasarkan untuk membentang RUU itu dalam sesi Dewan Rakyat pada suku pertama 2025.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

