PKR tangguh Kongres Nasional 2024 ekoran banjir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PKR memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan pertengahan bulan depan susulan bencana banjir yang melanda lapan negeri ketika ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, hari ini.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan memaklumkan, Kongres Nasional 2024 parti itu akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Pada masa sama, beliau berkata, satu kongres khas bagi meminda Perlembagaan parti itu akan diadakan secara hibrid.

Katanya, tarikh kongres khas itu akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

“PKR merakamkan ucapan takziah buat lebih 131,000 mangsa bencana banjir yang melanda.

Baca artikel lain: Banjir: PM Pakistan hubungi Anwar, nyata hasrat hantar sumbangan

“Pimpinan bersetuju agar anggota cabang-cabang PKR dikerah untuk segera membantu mangsa-mangsa banjir termasuk untuk pembersihan pasca banjir kelak.

“Menyedari isu banjir dijangka berterusan, pimpinan telah memutuskan bahawa Kongres Nasional 2024 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumum kemudian,” katanya dalam kenyataan itu.

Kongres Nasional PKR 2024 dijadual berlangsung pada 15 Dis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor manakala Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita ditetapkan sehari sebelum itu di lokasi berbeza. 

Menerusi kenyataan sama, beliau berkata mesyuarat itu juga membincangkan isu buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi yang semakin menggusarkan serta menarik perhatian kebelakangan ini.

“PKR mencadangkan agar beberapa perkara dasar diteliti segera termasuk kempen kesedaran buli dilaksana secara menyeluruh,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This