TIADA kejadian tembakan dilaporkan berlaku antara polis dan penjenayah di Taman Mulia Jaya, Ampang seperti yang tular dalam media sosial, malam tadi.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.
Dalam satu kenyataan ringkas, Mohd Azam bagaimanapun memaklumkan, terdapat insiden melibatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta disyaki penjenayah.
Kata beliau, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi di Ampang Jaya.
Baca artikel lain: Banjir: Jalan Persekutuan di Sungai Durian, Kuala Krai boleh dilalui – Polis
“Kereta terbabit berjaya ditahan dan disahkan tiada kejadian tembakan sebagaimana dihebahkan di media sosial,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video yang sempat menerima 1,492 tanda suka dan 47 komen berkaitan kejadian tangkapan itu dan mendakwa berlaku kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah sebelum memadam hantaran terbabit.
Individu dalam rakaman video itu turut mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

